Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Wira Yang Tak Didendang

Sebut sahaja nama Erdogan, siapa sahaja akan terbayang wajah pemimpin Turki yang sedang meningkat naik namanya itu. Di peringkat antarabangsa, beliau memang amat terkenal dan sentiasa menjadi perhatian dunia dengan sifat patriotik, semangat kenegaraan yang tinggi, bahkn juga suara keras yang lantang menentang penindasan.

Namun saya kirakan di mata rakyat Malaysia, beliau tidak begitu mendapat tempat di hati kita. Kita mungkin lebih sibuk dengan gossip artis-artis Malaysia yang picisan dan remeh temeh, berbanding dengan sosok baru yang dijelmakan untuk membela dunia Islam.

Sebenarnya saya baru sahaja menghabiskan sebuah buku bertajuk: “Erdogan Bukan Pejuang Islam?”, karangan Ahmad Azam Ab Rahman dan dua orang penulis lagi.

Muka depan buku dan senarai penulisnya.

Muka depan buku dan senarai penulisnya.

Buku ini sedikit sebanyak telah membuka mata saya yang masih berjinak-jinak dan mahu membaca sedikit pergerakan politik di peringkat antarabangsa yang sebenarnya banyak memainkan peranan dalam mengimbangi kuasa-kuasa besar dunia yang lain seperti Amerika Syarikat dan China.

Fokus utama buku ini ialah berkenaan cubaan rampasan kuasa oleh pihak tentera yang berlaku 15 Julai 2016, yang mana akhirnya usaha tersebut gagal dan berjaya dipatahkan. Peristiwa Kudeta (Coup D’etat) ini amat penting dan bersejarah kerana pada ketika itu rakyat Turki turun sebulat suara dan bergabung tenaga untuk mematahkannya, sehinggakan kereta kebal yang besar dan berat itu dapat ditewaskan oleh rakyat yang tidak punya apa-apa senjata.

Ini memberi mesej kepada siapa sahaja dalang di sebalik kejadian ini, bahawa Turki tidak disokong oleh Erdogan seorang diri. Malah di belakang Erdogan masih ada berjuta orang yang setia kepadanya, dan setia kepada Turki dan tidak sanggup melihat Turki jatuh begitu sahaja.

Bermacam teori dan bacaan politik yang boleh diberikan untuk menyokong dan membantah Erdogan, namun terlampau banyak jasa dan budi yang sudah ditabur oleh Erdogan sehinggakan rakyat begitu sayang kepadanya.

Antara jasa Erdogan :

  1. Turki Bebas Hutang – Menjadikan Turki sebuah negara daripada 11 negara yang bebas hutang dari IMF ( International Monetery Fund)
  2. Membersihkan Bandar Istanbul – Bandar Istanbul berubah dalam tempoh 20 tahun yang lalu sehingga menjadi salah satu bandar terbersih di dunia.
  3. Larangan Bertudung Dimansuhkan – Undang-undang yang dibuat oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1925 bagi melarang wanita bertudung sudah berjaya dihapuskan.
  4. Masjid Tumbuh Bagai Cendawan – Tampuk kepimpinan beliau menggerakkan pembinaan 17 000 masjid baru dari tahun 2002 hingga 2013.

Saya amat menyarankan pembaca-pembaca untuk mendapatkan buku ini dan meluaskan sudut pandang kita ke peringkat antarabangsa pula. Tidak dapat ulas dan berikan details yang lebih dalam ruang yang terbatas ini. Tetapi percayalah, rentetan peristiwa dan detik-detik cemas yang berjaya dirakam dalam buku ini ketika peristiwa Kudeta itu amat dramatik dan mendebarkan!

 

Selamat membaca.
Luaskan mindamu,
Kukuhkan ilmu mu.

 

 

 

 

Comments

comments

Tuliskan sedikit komen, mungkin?