Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Tempat Ini Mengajarku

India1_0

 

Saya teringat kembali peristiwa semasa sebelum saya berangkat ke India dahulu. Waktu itu saya sedang melawat salah seorang dari sanak saudara yang terdekat, untuk berjumpa bertemu mata sebelum berangkat belajar.

“Alhamdulillah dapat belajar di luar negara, tapi di mana?”, tanya salah seorang dari mereka sambil menuang air.

“India.”

Jawab saya ringkas dan muka yang bersahaja.

“Okeylah tu pergi untuk belajar. Tapi kalau mak cik diberi peluang, makcik tak naklah pergi ke India tu.

Negaranya kotor, orangnya busuk, rakyatnya miskin. Tak sanggup mak cik nak menahannya”, katanya sambil menggelengkan kepalanya tanda betul-betul tidak mahu.

Saya tersentak dan sedikit kaku. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

Saya hanya mampu tersenyum dan diam membisu.

SEKARANG INI

Namun sekarang, semua itu sudah pun berada di depan saya.

Saya sudah biasa dengan perangai orang-orang sini. Perlakuan mereka, gaya bahasa mereka, dan rutin harian mereka. Pendek kata saya sudah masak dengan jadual mereka.

Setiap hari sebelum saya ke kelas saya akan melihat sekumpulan lelaki dan wanita sama ada di awal usia atau lanjut usia datang berbondong-bondong untuk pergi kerja. Amat kurang yang pertengahan umur yang dapat saya perhatikan. Sama ada mereka di kalangan kanak-kanak atau orang lanjut usia. Itulah peringkat umur kebanyakan daripada mereka. Mereka bergegas untuk bekerja.

Namun bukan untuk masuk pejabat, tapi longkang! Ya, mereka bekerja menggali longkang. Bukan menggunakan mesin, tapi manual. Terbayangkah anda?

Namun, hati saya kadangkala juga sayu melihat mereka, bersusah payah membanting tulang; demi sesuap nasi. Tapi saya biarkan sahaja terbuku di dalam hati. Hanya simpati yang dapat saya beri.

india-child-labor

 

Demikianlah juga halnya dengan pelajar-pelajar sekolah di sini. Mereka begitu kekurangan kelengkapan. Saya tidak pernah masuk untuk menilai sekolah mereka, namun dari uniform pelajar itu, dapat saya katakan yang mereka amat kekurangan. Hinggakan kasut pun tidak ada untuk mengalas kaki. Berkaki ayam sahaja di panas jalan raya pada petang itu. mungkin mereka sudah biasa agaknya.

Begitulah juga halnya dengan pengangkutan. Perjalanan menuju ke bandar terdekat di rasakan seperti menyeksakan. Bas besi yang tidak berhawa dingin, kerusi keras, wisel konduktor yang membingitkan, dan pelbagai lagi rungutan yang boleh ditulis. Itu semua menjadi rutin saya jika mahu kemana-mana.

Banyak lagi yang boleh saya senaraikan, tapi biarkan setakat itu dahulu.

Memikirkan betapa saya perlu berkorban untuk situasi di atas, saya bertanya kepada diri sendiri, “Apa yang saya dapat dari itu?”

 

APA YANG SAYA DAPAT ?

Pengalaman ialah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ia akan kekal dalam memori dan menjadi kenangan manis di hadapan hari.

Maka, segala pengalaman saya di sini akan sia-sia dan tidak bermakna jika terus menerus saya melihat hanya dari sudut luaran dan zahir sahaja.

Melihat segala kekurangan yang ada di sini membuatkan saya selalu berasa bersyukur dengan segala apa yang ada. Melahirkan rasa berterima kasih yang teramat kepada Yang Maha Memberi kerana saya tidak punya kekurangan itu, saya punya kelebihan lain yang banyak. Sampai bilapun kita tidak akan tahu bersyukur jika kita asyik melihat orang di atas. Lihatlah orang di bawah anda, nescaya anda akan selalu beryukur dengan apa yang ada.

Tempat ini juga mengajar erti untuk bersederhana dalam setiap perkara.

Erti untuk menghargai setiap benda yang saya punyai. Tidak kira ia adalah sesuatu yang besar atau kecil, asalkan kita tahu menghargai benda dan pemberian Tuhan, ia sudah cukup untuk memberi kita maksud SYUKUR. Saya mula memahami erti syukur dengan memerhati persekitaran.

Melihat orang berpusu-pusu pergi kerja membuatkan saya berasa bersyukur kerana saya hanya perlu belajar.

Melihat orang tidak ada kasut membuatkan kita bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita berkasut.

Melihat anak-anak kecil meminta sedekah membuatkan kita bersyukur dengan segala nikmat wang yang Allah berikan.

 

PERSEPSI MINDA

Apabila membaca situasi diatas, ramai yang akan berasa tidak tahan dan lemah kerana pelbagai kekurangan yang ada. Namun, setelah berada sendiri dalam situasi ini, saya mesti memikirkan sesuatu yang akan menguntungkan dan bukan merugikan diri sendiri.

Mungkin ramai juga yang akan bertanya,

“Bagaimanakah ingin mendapatkan ketenangan di sebalik kesusahan yang dihadapi?”

Saya mungkin hanya dapat sedikit membantu berdasarkan pengalaman saya yang kerdil ini. Saya akan katakan, “UBAH PERSEPSI MINDA ANDA ”.

Untuk itu, kita harus belajar untuk menilai dan melihat kehidupan ini dari sudut yang lebih luas. Cubalah mencari segala hikmah yang ada di sebalik kesukaran yang dihadapi. Menyelongkar segala kebaikan yang tersisa dari segala kekurangan yang ada.

Maka, anda akan menjadi orang yang bahagia.

Orang yang tahu mencari sebutir kemanisan dari segunung kepahitan yang menimpa.

Selamat menukar cara berfikir!

 

 

 

Comments

comments

8 Comments

  1. December 22, 2012    

    Benar. Untuk berjaya kita perlu menghadapi pelbagai rintangan. Semoga dipermudahkan urusan dalam belajar.

  2. December 22, 2012    

    Kerana berbeza latar belakang kehidupan, kita semua memberikan pendapat yang berbeza. Namun, kita semua hambaNya ! Bila kita hamba kepada Maha Pencipta, seharusnya pandangan kita juga mesti pandangan seorang hamba.

    All the best akhi !

  3. December 22, 2012    

    pengalaman mahal macam ni pasti banyak nyedarkan siapa2 saja yg dah merasa banyak kemudahan dan juga keadaan yg jauh berbeza. terima kasih perkongsian ni.

    • admin admin
      December 23, 2012    

      Betul tu. Hidup kadang-kadang kena merasa susah untuk mendapatkan nikmatnya rasa senang itu. Kesenangan yang berpanjangan akan melupakan kita tentang nikmat yang banyak.

  4. Wanayu Wanayu
    December 23, 2012    

    Memang kesian mereka ni.. Tapi sebenrnya india la bnyak menghasilkan doktor dan jurutera terbaik di dunia

  5. December 24, 2012    

    Syarikat lama saya dahulu ramai expatriates dan mereka berkongsi kepayahan kehidupan disana kerana sedia maklum negara India mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi didunia. Persaingan untuk hidup dan peluang mendapat kerja adalah tinggi perlu bersaing. Sebab itu mereka boleh jadi terbaik didalam bidang IT dan tak salah saya ada diantara mereka berkerja di Silicone Vallet di Amerika Syarikat.

    • admin admin
      December 27, 2012    

      Betul, tak dapat dinafikan mereka memang hebat.
      Kerana, susah payah telah menngajar mereka erti untuk berusaha dan berjaya. Alhamdulillah, saya di sini untuk belajar dari mereka.

  6. January 4, 2013    

    Di situ lahirnya ramai golongan bijak pandai,mereke bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian

Tuliskan sedikit komen, mungkin?