Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Posts tagged hati

Jalan Kehidupan

new-life

 

Saban hari yang semakin berlalu, membuatkan saya selalu terasa terfikir tentang nasib hari yang mendatang. Waktu yang berputar semakin laju meredah hambatan masa yang saya ada. Hari-hari dalam hidup saya terasa begitu pantas dan masa yang ada semakin tidak mencukupi. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, dan ini membuatkan saya selalu berfikir tentang kehidupan.

Tentang kehidupan itu, bagaimanakah saya akan mengemudinya di masa hadapan.

Tentang hidup itu, bagaimanakah saya akan mengendalinya sekarang.

Dan tentang masa lalu itu, apakah yang saya boleh ambil darinya.

Sekali dalam kehidupan insan, mesti akan ada satu ketika dan masa dia akan merenung kembali hala tuju kehidupannya. Sebut sahaja nama dia insan, mesti terdetik di suatu masa, hatinya mula berbicara dan bertanya:

Baca Seterusnyanya>>

Jauhi Perangai Budak

sad-kid-school-

 

Anak yang baru bersekolah rendah itu mendapat rekod peperiksaannya hari ini. Malangnya, keputusan itu cukup tidak memuaskan. Dia mula kecewa dan perangainya sedikit berubah.

Berjalan secara senyap-senyap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur, sedangkan ibu bapa masih di ruang tamu.

Apabila si ayah menanyakan, “Apa yang berlaku di sekolah?”

Jawapan si anak akan menjadi begitu ringkas, “Tidak ada apa-apa.”

Apa yang sebenarnya yang sedang berlaku ialah si anak tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapanya, tetapi sekarang dia telah mengecewakan keduanya. Maka dia akan mula menjauhkan diri dan mengasingkan perasaan hati.

Mentaliti seperti ini bersambung lagi walaupun di alam pekerjaan. Apa yang akan kita lakukan di tempat kerja?

 

Baca Seterusnyanya>>

Pengembala Mencari Bahagia

istana

 

Seorang pengembala itu sudah  berjalan-jalan di padang pasir selama 40 hari. Dia mungkin sudah putus harapan dan hilang semangat. Namun akhirnya dia dapat menemui sebuah istana yang tersergam indah, nun tinggi di atas gunung. Di situlah tinggal seorang pujangga, orang yang dicarinya. Perjalanannya  yang jauh itu hanya mencari satu rahsia: “Rahsia Kegembiraan Hidup”.

“Wahai sang pujangga, bagaimanakah jika saya mahukan kehidupan saya penuh dengan kegembiraan?” soalnya dengan penuh harapan.

“Sebelum itu, bolehkah untuk aku juga menyuruh engkau melakukan sesuatu?” tanya sang pujangga sambil memberikan satu sudu besi. Di atasnya hanya terisi setitik minyak.

“Dengan sudu ini di mulutmu, lihatlah segala kemewahan dan kebesaran istana aku ini. Nikmatilah segala apa yang ada di dalamnya. Pergilah di dalam istana ini ke mana sahaja engkau suka. Cuma satu syarat aku berikan, jangan biarkan minyak ini tumpah apabila kau datang berjumpaku nanti”.

Dia bergegas keluar untuk menyaksikan segala apa yang ada di istana tersebut. Kemudian, dia datang kembali. Dengan muka yang tercungap-cungap, dia bertemu pujangga.

Si pujangga tersebut tersenyum melihat minyak yang masih elok di atas sudu, lantas bertanya.

 

Baca Seterusnyanya>>