Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Posts tagged bohong

Sedekah Kepada Orang Bohong

pakcik

 

Selalu orang ragu dan bertanya kepada diri sendiri,

“Adakah aku mendapat pahala jika aku bersedekah kepada orang yang bohong?”

Mungkin ada satu orang yang datang kepada kita dengan  muka kesian dan kata, “Tolong saya, sudah tiga hari saya tak makan.” Dengan rela hati, kita menghulurkan sedekah. Tahu-tahu, budak itu tadi memang sudah kenyang tetapi hanya berlakon di hadapan kita. Sudah tentu perasaan kita geram bukan? Rasa tertipu, rasa dipermainkan, rasa marah, dan rasa ingin menarik kembali sedekah kita tadi. Itu perasaan normal seorang manusia.

Namun nanti dahulu, adakah semuanya menjadi sia-sia seperti tanggapan kita tadi. Tonton video di atas sekejap untuk penjelasan. Sekejap sahaja, tak lama pun.

Jika mengikut hadis seperti yang dibacakan di sini, kita tetap mendapat pahala kerana sedekah kita kena pada orang yang betul, tempat yang betul, akan tetapi dia pula yang tipu kita. Maka, dosa bohong itu berbalik kepada dia kembali, sedangkan kita, mendapat pahala atas kebajikan yang kita lakukan.

Maka selepas ini, tidak perlulah kita risau dan bimbang lagi jika kita terasa seperti di tipu atau tertipu kerana kita tetap mendapat bahagian pahala berdasarkan amal baik yang kita lakukan.

Artikel ini ditulis atas kesinambungan artikel saya yang terdahulu. Dijemput baca artikel tersebut. Siapakah Si Tua Itu?