Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Review Buku : Eat That Frog!

frog

 

Makan KATAK itu!

Sekali dengar seperti menggelikan bukan? Namun itu bukanlah arahan ataupun suruhan yang mesti dilakukan. Ia hanyalah satu kata perumpamaan yang digunakan oleh penulis untuk menggambarkan halangan yang mesti kita hadapi untuk mengurus masa dengan baik dan berkesan.

Halangan dan cabaran kita ibarat katak katanya; mesti kita telan walaupun ia susah dan menggelikan. Dan setiap halangan dan cabaran itu mempunyai cara yang tersendiri untuk kita mengatasinya dengan berkesan.

Di samping nasihatnya yang boleh memberi semangat, teknik yang diberikan juga boleh di aplikasikan terus bagi mereka yang amat menghargai masa. Anda tertarik?

Mahu mengetahui lebih lanjut lagi mengenai review dan isi  buku ini?

Apa lagi,

PENGENALAN

 

Buku ini pada asalnya ditujukan kepada orang yang terlibat dengan bussiness ataupun perniagaan. Hal ini kerana penulis buku ini mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan pernah menjadi salesman. Namun setelah belajar dari pengalaman dan orang yang lebih tahu dan pakar darinya, dia berjaya menyusun jalannya untuk menjadi chief operating officer untuk syarikat bernilai $265-juta dollar.

Namun sekarang, dia lebih menyumbang kepada masyarakat dengan mengendali program latihan dan consultant dan sebagai professional speaker.

Setelah saya teliti bukunya, saya dapati tips dan saranan yang diberikan bukan hanya untuk bussinessman, malah amat sesuai untuk semua orang yang mahu lebih produktif. Tidak kira siapa anda. Blogger, guru, ustaz, pelajar, ataupun bussinessman, semuanya boleh mengambil manfaat daripada buku ini.

 

RINGKASAN

Dibawah di senaraikan beberapa rumusan yang boleh diambil dari setiap bab yang telah disenaraikan.

1.     Set the Table

Hanya 3 peratus daripada orang dewasa mempunyai matlamat yang jelas dan bertulis. Orang daripada kalangan ini dapat menyelesaikan segala tugasannya 5-10 kali ganda daripada orang biasa yang mempunyai latar pendidikan yang sama. Untuk apa alasan sekalipun, sebab utama ialah mereka tidak pernah mengambil masa untuk menulis apa yang mereka mahu. Ada beberapa langkah untuk menyediakan meja anda:

   i.  Tulis!  : Fikirkan pada kertas, bukan dalam minda sahaja.

ii.    Letakkan deadline :  Matlamat tanpa deadline tidak mempunyai sebarang perhatian

  iii.   Buatkan senarai apa yang perlu anda buat untuk mencapai segala matlamat anda : Senarai akan memberi gambaran visual tentang perkara besar yang anda akan lakukan.

iv. Susunkan senarai sehingga menjadi plan: Susun semua senarai anda sehingga menjadi

2.     Plan Every Day In Advance

Pernahkah anda mendengar orang bertanya soalan kuno “Bagaimana anda makan seekor gajah?”.  Jawapannya ialah secara sikit-sikit.

Lantas, bagaimana pula caranya kita menyelesaikan masalah kita yang besar? Samalah juga jawapannya, dengan membahagikannya secara sedikit-sedikit dan menyelesaikan satu persatu.

3.     Consider The Consequences

 Orang yang mengambil satu renungan jauh tentang hidupnya dan kariernya selalu dilihat dapat membuat keputusan yang lebih baik tentang masa yang mereka ada.

Fikirkan apa matlamat akhir kita dalam sesuatu perkara supaya kita nampak apa yang kita mahukan.

Hanya ada satu peraturan disini :

 Matlamat akhir sentiasa mempengaruhi dan menentukan tindakan kita sekarang

 

4.    Practice Creative Procrastination

 Memang masa yang kita ada sekarang selalu tidak mencukupi untuk melakukan sesuatu yang kita suka. Dan setiap orang tidak akan lari daripada menangguh kerja, walaupun ia sekejap.

Maka, latih diri anda untuk melakukan pembaziran masa yang bermanfaat. Bunyinya pelik bukan? Tapi itulah caranya!

Sesetengah orang akan bertangguh kerja dan membazirkan masa dengan menonton televisyen, internet atau lebih tepatnya ialah FACEBOOK. Jadi, potong masa yang anda gunakan untuk semua benda itu dengan melakukan perkara kecil yang ringan dan tidak membebankan seperti baca buku, berfikir sejenak tentang apa yang inginkan, dan sebagainya. Pelbagai cara lagi yang boleh di praktikkan sebenarnya, semuanya mengikut kesesuaian anda.

5.     Focus on Key Result

 Apabila sumber fizikal dan mental difokuskan, kuasa untuk menyelesaikan masalah akan berganda dengan banyaknya.

 

Satu perkara disini, anda tidak boleh melakukan semua perkara dalam satu-satu masa. Jadi, fokus adalah kunci utama.

Untuk fokus pula, anda mestilah jelas terlebih dahulu dengan apa yang anda mahu. Apabila anda tidak fokus, maka akan mulalah terlahirnya perangai bertangguh yang sudah lama anda ingin tinggalkan itu.

Untuk mengetahui sama ada anda sudah jelas dengan apa yang anda mahukan, selalulah tanya diri anda dengan soalan magic dibawah :

 

Apakah satu kehebatan, yang mana jika aku dapat bentuk ia dan gunakannya, ia akan memberikan impak yang besar terhadap hidup aku yang mendatang?

 

Selalulah tanya soalan tersebut supaya satu bakat yang terpendam dapat tercungkil dari diri anda.

 

SERONOK

Daripada 21 bab dalam buku ini, saya hanya berkongsi kepada anda semua hanya 5 daripadanya. Kenapa?

Kerana saya juga mahu anda turut membacanya. Amat bermanfaat untuk kita. 17 bab yang selebihnya itu, anda pula lah yang berkongsi dengan saya.

Seperkara lagi, harga buku berharga sekitar $16.00 US Dollar. Amat mahal bukan? Lebih kurang RM 48.00

Tapi, apa yang membuatkan saya seronok ialah, saya berjaya mendapatkan salinan asli cetakan terbaru hanya dengan RM 6.00. Murah bukan?

Itulah kehebatan INDIA, semua barang murah!

 

Selamat membaca…

 

 

 

Comments

comments

5 Comments

  1. January 28, 2013    

    Betul. Itu juga menunjukkan negara kita kurang orang yang membaca dan ada kos-kos yang semakin mahal.

  2. January 28, 2013    

    Jap nak tanya -> form komen nie pakai apa ye?

  3. January 29, 2013    

    Dah beli buku ni, tapi tiada siapa yang sudi bawakan ke Morocco. Belii masa PTS buat promosi. Ada satu lagi buku Brian Tracy yang perlu semua baca, No Excuses. 🙂

    • admin admin
      January 29, 2013    

      Wah,terlupa nak bawa ke Morocco ke dulu? Jauh tu.
      Hmm, buku dia yang satu lagi tu pun saya belum sempat nak baca lagi. Terima kasih atas perkongsian.

Tuliskan sedikit komen, mungkin?