Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Pengembala Mencari Bahagia

 

Seorang pengembala itu sudah  berjalan-jalan di padang pasir selama 40 hari. Dia mungkin sudah putus harapan dan hilang semangat. Namun akhirnya dia dapat menemui sebuah istana yang tersergam indah, nun tinggi di atas gunung. Di situlah tinggal seorang pujangga, orang yang dicarinya. Perjalanannya  yang jauh itu hanya mencari satu rahsia: “Rahsia Kegembiraan Hidup”.

“Wahai sang pujangga, bagaimanakah jika saya mahukan kehidupan saya penuh dengan kegembiraan?” soalnya dengan penuh harapan.

“Sebelum itu, bolehkah untuk aku juga menyuruh engkau melakukan sesuatu?” tanya sang pujangga sambil memberikan satu sudu besi. Di atasnya hanya terisi setitik minyak.

“Dengan sudu ini di mulutmu, lihatlah segala kemewahan dan kebesaran istana aku ini. Nikmatilah segala apa yang ada di dalamnya. Pergilah di dalam istana ini ke mana sahaja engkau suka. Cuma satu syarat aku berikan, jangan biarkan minyak ini tumpah apabila kau datang berjumpaku nanti”.

Dia bergegas keluar untuk menyaksikan segala apa yang ada di istana tersebut. Kemudian, dia datang kembali. Dengan muka yang tercungap-cungap, dia bertemu pujangga.

Si pujangga tersebut tersenyum melihat minyak yang masih elok di atas sudu, lantas bertanya.

 

“Adakah tadi kau lihat permaidani Parsi yang terhampar indah di bilik santapanku?”

“Adakah kau perasan tadi ada sebuah taman yang membuatkan tukang taman mengambil masa sepuluh tahun untuk membinanya?”

“Dapatkah kau melihat tadi ada satu rak buku yang tinggi di perpustakaanku yang besar?”

“Dan lampu gantungku yang besar memayungi pusat istana ini?”

“Tidak”. Katanya ringkas.

Sang  pengembala itu hanya tunduk kerana menyesal dan malu. Dia mengangkat kepala seraya berkata dengan mata yang basah,

“Aku hanya sibuk memerhatikan minyak ini….”

 

AKHIRAT ITU

Sang pengembala itu. Mudah lalai dan terpesona dengan apa yang ada di depan mata. Hanya kerana minyak itu terlalu dekat di depan mata, ia sudah cukup untuk menutup segala penglihatan yang jauh. Sekalipun tiada jaminan yang dekat itu lebih elok daripada yang dihadapan, tapi dia masih tersekat hanya kerana ianya dekat.

Kalau tercapai akal untuk memberi perumpamaan, mungkin cerita itu boleh menjadi pengajaran. Minyak yang dekat dengan mata, menutup kecantikan istana yang terbentang di depan mata. Hanya kerana dunia itu dekat dengan kita dan akhirat itu jauh, pandangan kita lantas sentiasa kabur dengan akhirat.

Namun hakikatnya, akhirat itu jauh lebih indah dan cantik daripada apa yang dapat terbayang oleh mata yang memandang, telinga yang mendengar, dan akal yang memikirkannya.

Sungguh tidak dapat digambarkan.

Mahupun dengan kata-kata ataupun bayangan akal.

 

DIMANA BAHAGIA YANG DICARI

Bahagia sebenar yang ingin dicari ialah kebahagiaan kita di akhirat. Di situlah terletak kebahagiaan hakiki. Sama ada manusia mahu percaya atau tidak, itu adalah persoalan yang kedua. Pokok utama persoalan ialah, mahu atau tidak mahu, insan akan berjumpa juga dengan akhirat. Mahu atau tidak mahu, insan akan dipaksa dan terpaksa dibawa.

Lantas, apa yang harus dilakukan? Berdiam diri sahajakah?

Jika diri saya ini punya kepercayaan untuk memberitahu, saya akan katakan caranya ialah ‘menampakkan’ akhirat dalam setiap perbuatan.

Apa sahaja yang kita lakukan, kaitkan segalanya dengan akhirat. Kecilkah perbuatan itu, besarkah perbuatan itu, sangkutkan semuannya dengan akhirat.

 

RAHSIA BAHAGIA

Jangan pula kita akhirnya menjadi pengembala yang menyesal. Asyiknya dengan minyak, sampai terlupa tentang nikmat istana.

Mahukah kita terkedu sepertinya di kemudian hari nanti?

Tentulah tidak.

Akhir kata, jika ditanya saya apakah rahsianya, saya akan katakan :

Alihkan sekejap pandangan mata ke ‘istana’ yang menanti, biarkan sekejap ‘minyak’ menari dengan sendiri.

Comments

comments

8 Comments

  1. December 1, 2012    

    Begitu terkesan dengan kisah ini. Banyak yang kita tersalah pandang dalam hidup ini. Dunia dianggap matlamat dan akhirat hilang daripada arah tuju.

    • admin admin
      December 2, 2012    

      Betul tu akh.
      Sama samalah kita memperbetulkan kembali sudut pandang kita.

  2. December 3, 2012    

    Mendalam juga makna tersurat dan tersirat ni

  3. December 4, 2012    

    Allahuakbar.. mantap… memang sesuai dah nie..

    • admin admin
      December 4, 2012    

      Affan! Terima kasih atas kunjungan. Salam sahabat..

  4. December 7, 2012    

    Mendalam maksud yang cuba nak disampaikan..kalau kita macam mana agak nya 🙂

  5. December 7, 2012    

    yup selalu orang kejar nikmat di dunia yang sedikit ini. macam kes ni, si pengembala dengan sesudu minyak. bukankah sepatutnya dia tinggalkan dan biar je minyak tersebut tumpah. tak ada effect dan tak ada yang perasan pun.

    lebih baik cuba hayati keindahan istana yang sememangnya sudah tersergam indah dan pasti memang boleh di hayati dari segenap sudut.

  6. January 19, 2013    

    Anologi yang menarik! Keep up writing beautiful entries 🙂

Tuliskan sedikit komen, mungkin?