Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Pandangan Menipu

 

Apabila anda mendengar sebarang berita mengenai kejayaan seseorang, ataupun seseorang artis baru memenangi anugerah, kita cenderung untuk mengatakan,

“Dia cantik dan mempunyai rupa paras yang menarik, maka padanlah dia menang anugerah tersebut”

Sebenarnya kita sebagai manusia, memang mempunyai sifat yang cepat menghukum dan memberikan penilaian.

Kita menggunakan fakta atau maklumat yang mudah diperoleh untuk merumuskan sesuatu yang menakjubkan.

” Anak awak ini kecil-kecil dah cantik, bila besar nanti mesti dia pandai kan?”

“Suami awak ni tampan betul, patut la dapat berikan semua yang awak mahukan ya?”

Sebenarnya, ahli psikologi dari USA Edward Thornedike telah menemui fenomena ini lebih 100 tahun yang dahulu. Ia dikenali sebagai The Halo Effect.

halo-effect-revealed

 

 

Beliau merumuskan bahawa kualiti dalam satu-satu perkara seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan, dan umur akan menghasilkan tanggapan positif atau negatif yang mengaburi segala aspek penilaian kita.

KITALAH PENGAMALNYA

Tahu atau tidak tuan-tuan, secara tidak sedar kita telah menjadi mangsa kepada fenomena ini, atau sebenarnya seorang yang mempraktikkan perkara ini secara tidak sedar!

Contoh yang pertama. Apabila kita bersemuka dengan orang yang cantik, secara automatik kita akan menganggap mereka sebagai jujur, mesra, dan bijak. Jadi tidak hairanlah jika wanita yang cantik senang mendapat kenaikan pangkat dalam kerjaya mereka.

Contoh yang kedua, kita juga sebenarnya pengamal fenomena ini. Kebanyakan guru akan memberikan markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang berpenampilan menarik, pandai bercakap, ataupun pelajar yang tidak banyak buat masalah. Semuanya tanpa kita sedari!

KITA JUGA MANGSA

Namun, kita juga menjadi mangsa yang menjadi tumpuan banyak syarikat pengiklanan dalam mempergunakan fenomena ini. Lihat sahaja selebriti yang tersenyum memandang kita dari kaca TV, papan tanda, dan majalah.

Sampai sekarang saya masih terfikir.

Apakah kaitannya Christiano Ronaldo dengan rambut tanpa kelemumur seperti yang banyak diiklankan? Tidak ada kaitan langsung!

Sama juga dalam pengiklanan kereta. Diletakkan di situ model wanita di sisi kereta ketika mempromosikan sesebuah kereta. Kereta yang bagus tidak ada kaitan langsung dengan seorang wanita.

Namun ini tidak menghalang kejayaan iklan tersebut. Kerana apa? Kerana kita adalah mangsa mereka tanpa kita sedari.

Itu tidak lain tidak bukan hanyalah muslihat mereka di sebalik fenomena halo effect. Apa yang perlu mereka buat ialah paparkan kepada kita seorang yang berjaya, mempunyai wajah yang menarik, gaya hidup mewah DAN DITAMBAH dengan produk berkenaan.

Maka secara bawah sedar, kita akan mengaitkan segala yang ada pada model tersebut dengan produk yang di iklankan.

Maka pesan saya, apabila terlihat iklan suatu hari nanti, fikirkan…

“Adakah aku sedang menjadi mangsa halo effect?”

 

240716
Melaka, Malaysia.

Comments

comments

Tuliskan sedikit komen, mungkin?