Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Masjid Yang Mengecewakan

 

Aap ka dil…” ,sambil mengibas tangannya di hadapan hidung sedang jari satu lagi tajam menunjuk ke dada lelaki itu.

Kami semua berkesempatan untuk melawat salah sebuah masjid yang terbesar dan terbaik di India. Jama Masjid namanya.

Kami agak kepenatan sebenarnya kerana baru selesai melawat beberapa tempat yang menarik di sekitarnya. Kami singgah di situ untuk menunaikan solat Zuhur. Melihatkan menaranya sudah cukup untuk mengubat letih kami pada hari itu. Semuanya teruja.

Pembinaannya memakan masa 6 tahun  dengan tenaga kerja seramai 6000 orang. Dibina oleh Shahjahanabad, atau dikenali juga sebagai Shah Jehan, seorang pemerintah yang juga bertanggungjawab untuk membina Taj Mahal. Taj mahal juga satu hasil kerjanya yang termasuk dalam 7 Wonders of The World.

Namun ternyata, segala anggapan kami selama ini salah seusai kami tiba di perkarangan masjid itu.

Indah masjidnya. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

Indah masjid ini. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

KOTOR

Saya telah melawat banyak tempat di India ini. Dari selatan Goa hinggalah ke utara Manali. Melihat banyak tempat yang kotor sudah menjadi sinonim dengan mata kami. Tetapi, amat susah untuk saya menerima hakikat yang masjid juga tidak kurang kotornya.

Melihatkan ramai juga pelancong asing yang memasuki kawasan masjid itu, hati saya terdetik , “Kalaulah seorang mat salleh baru sahaja melihat masjid buat pertama kali dalam hidupnya, mesti dia sangka semua orang Islam ini pengotor!”.

Namun,saya cuba untuk bersangka baik. “Mungkin daya upaya pentadbiran masjid ini tidak mampu untuk menampung jumlah pelancong asing yang terlalu ramai. Itu belum termasuk lagi bilangan orang yang datang untuk solat dan musafir yang jauh seperti kami ini.

Tidak mengapa. Saya hanya memerhati.

Terus berjalan menaiki tangga,sedangkan kami berempat sudah ditinggalkan kawan yang lain. Oh, mereka telah masuk terlebih dahulu rupanya.

 

PAKSA RELA

Sesampainya di pintu masjid, seorang yang kelihatan seperti seorang pengawal laju meluru ke arah kami.

Terus dia memeriksa baju beg kami.

“Do you have  phone camera?”,dia menyoal.

“Phone camera come in, 3oo rupees pay”, dia bercakap dalam bahasa Inggeris yang tunggang langgang. ( 300= RM 18)

Apa? Kami sudah pelik kehairanan!

Mengapa ingin masuk ke dalam masjid juga harus ada caj? Tujuan kami datang hanya satu, untuk solat!

Melihatkan ada juga orang tempatan yang masuk begitu sahaja tanpa perlu di periksa, saya rasa tertipu.

“Why don’t you check them also?”, saya bertanya dengan nada yang sedikit tinggi.

Dia mula tergaru-garu mencari alasan.

Kemudian, dia menunjukkan kearah satu papan tanda pekeliling yang mengarahkan bayaran kepada setiap pengunjung yang masuk.

Tidak masuk akal! Orang datang nak bersolat pun kena bayar ke?

 

BEREDAR

Kami juga tidak mahu cari pasal dengan orang di sini. Bertengkar juga tiada guna jika sikap di dalam diri sendiri sudah tidak betul. Cepat-cepat kami beredar dari situ. Tiba-tiba kami di datangi oleh seorang pak cik tua.

“Cuba kamu masuk melalui pintu lain pula, jangan cuba masuk lagi melalui pintu ini”, dia menyapa kami dari belakang.

Baik sungguh hati pakcik ini. Kami berjalan turun tangga sambil dia memperkenalkan dirinya. Dari raut wajah dan percakapannya jelas menyatakan hasratnya ingin menolong.

Kami tinggalkan dia di situ selepas mengucapkan terima kasih.

Sambil masing-masing dari kami berempat menyatakan rasa tidak puas hati, kami berjalan pusing masjid, mencari pintu lain.

 

TERKEJUT

Setelah sampai di pintu yang ditunjukkan, kami berasa lega.

Tidak ada lagi pengawal yang menjaga pintu. Orang ramai juga kelihatan bebas keluar masuk tanpa halangan, walaupun papan tanda pekeliling jelas tertampal di pintu masuk.

Kami menaiki tangga lagi. Agak tinggi juga. Badan sudah pun letih. Namun, kewajipan boleh memaksa badan untuk juga menunaikannya.

Sesampainya kami di atas kembali….

Orang yang sama terus datang menerpa kami. Ayat yang sama di gunakan. Alasan yang sama digunakan. Kami sudah bosan.

Sekali lagi kami bertengkar dan meninggikan suara kerana tidak berpuas hati dengan sikap ‘pilih bulu’ yang dilakukannya.

“Kami masih tidak berpuas hati! Kenapa hanya kami sahaja yang diperiksa?”,tegas saya yang mula hilang sabar.

Kebetulan ada seorang lelaki yang masuk meninggalkan kami, tanpa perlu diperiksa.

Saya menunjukkan pada lelaki itu, “Why don’t you check him also? Maybe he also has phone camera?!”

Namun, dia masih berkeras.

Sedangkan kami sudah letih, tapi dia masih lagi tegar dengan alasannya.

Kami sudah tiada pilihan, terpaksa menunaikan solat di hotel juga. Sebelum meninggalkannya, kawan saya memberikan sedikit pengajaran kepadanya.

Aap ka dil…” ,sambil mengibas tangannya di hadapan hidung sedang jari satu lagi tajam menunjuk ke dada lelaki itu.

Hati awak busuk!

Semoga dia mengerti.

Comments

comments

2 Comments

  1. March 11, 2013    

    Macam-macam dugaan yang dialami dan terasa double standard.

  2. March 13, 2013    

    Emm apa punya guard la mcm nih..emm masjig luaran aje nampak gak..kesian..

Tuliskan sedikit komen, mungkin?