Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Letupan Muzik Islamik

musik islam

Baru-baru ini, dunia maya sekali lagi meletup dan memberikan harapan baru kepada penggemar muzik Islamik. Kehadiran pelbagai artis-artis berjiwa islamik telah memberi ruang baru untuk berdakwah melalui muzik menembusi ruang internet dan video muzik seperti Youtube. Antara artis yang paling menyerlah ialah Maher Zain dan Raef. Melihatkan bilangan pengguna internet yang menonton video mereka sudah cukup menggambarkan populariti mereka.

 

PANDANGAN SAYA

Saya melihat bahawa muzik merupakan salah satu medium untuk menarik orang supaya kembali dekat dengan Islam. Ya, mungkin kesannya amat bergantung kepada individu dan mungkin kecil. Tetapi asalkan ia mendatangkan faedah dan memberi kesan kepada orang ramai, itu sudah cukup baik.

Wajah Cat Steven sekarang.

Wajah Cat Steven sekarang.

Tidak kurang juga ada antara artis yang mendapat hidayah daripada Allah dan memeluk Islam. Mungkin nama Cat Steven sudah tidak asing bagi kita. Dialah antara artis dari Barat yang mendapat sinar Islam dalam hidupnya, yang dahulunya seorang penyanyi rock.

 

JIRAN KITA

Negara Indonesia juga antara negara yang aktif melahirkan ramai artis yang berjiwa Islamik dan mampu mengajak orang pula melalui seni yang dipertontonkan. Antara nama yag terkenal ialah Opick, Ungu, dan Wali Band.

Sesetengah kumpulan itu, walaupun hanya sebahagian lagu mereka sahaja yang berunsurkan Islamik, namun itu sudah cukup jauh perbezaannya dengan negara kita yang semakin kering dan kontang idea dengan muzik Islamik. Apa yang baik dari mereka kita ambil dan buruk kita lemparkan jauh ke tepi.

Mungkin ada juga di antara kita yang ragu-ragu atau masih tercari-cari hukum atau pandangan Islam tentang hukum muzik atau menyanyi. Anda boleh menonton dari link di bawah tentang perkara ini.

  1. Hukum Muzik Islam
  2. Hukum Menyanyi
  3. Adakah Suara Wanita Aurat?

 

CONTOHNYA IALAH :

Namun, fokus post kali ini hanyalah untuk memperkenalkan anda semua dengan pencetus utama dalam bidang ini, supaya ada juga santapan Islamik untuk anda mengisi jiwa seni yang ada dalam diri anda. Semoga ianya bermanfaat!

1. Maher Zain

2. Raef

 

 

Comments

comments

3 Comments

  1. January 4, 2013    

    Lagu Maher Zain memang unik,balik kerja atau tengah stress bukak je lagu dia,tenang je rasa

    • admin admin
      January 4, 2013    

      Betul tu…
      Lagu dia memang menenangkan.
      Itu salah satu cara untuk berdakwah melalui muzik sebenarnya.

  2. January 15, 2013    

    Saya suka lagu mahir zain. Tidak berulang-ulang seperti kebanyakan lagu. Selain kreatif dalam penyampaian dan video.

Tuliskan sedikit komen, mungkin?