Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Kita Membaca Kerana Apa?

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Kurang lebih 13 hari lagi, akan muncul pula tahun baru 2017.

Orang yang tahu menghargai masa akan sibuk menghitung-hitung sudah berapa banyak buku yang dia baca, juga sudah sebanyak mana dia faham dan bertambah ilmunya.

Lebih beruntung lagi, kalau dia hitung; adakah hari ini lebih baik dari yang semalam. Atau jika lebih berani, cuba katakan adakah tahun hadapan akan menjanjikan yang lebih baik dari tahun ini.

Saya kongsikan kepada anda semua, koleksi buku yang sudah sempat saya habiskan sepanjang tahun ini :

Senarai buku yang sempat dibaca pada tahun ini

Senarai buku yang sempat dibaca pada tahun ini

 

Pada saya, jumlah ini terlalu lah kecil jika hendak dibandingkan dengan ramai lagi pembaca di luar sana. Namun di sebalik tugas dan tanggung jawab yang banyak sebagai pelajar, sekurang-kurangnya ini yang saya mampu lakukan.

Saya memilih dari pelbagai jenis genre dan topik, kalau anda semua perasan. Ada buku yang fiction, non-fiction, isu semasa, dan juga novel.

Buku yang paling saya sarankan untuk anda baca bagi mendapat sisi pandang lain tentang kehidupan ialah The Art of Thinking Clearly. Buku yang banyak membuka minda dan cara saya berfikir tentang apa yang berlaku dalam dunia seharian. Disusun mengikut bab-bab yang pendek, membuatkan anda tidak akan jemu membaca, dan tidak sabar untuk ke bab yang seterusnya. A really page-turner book for me.

Buku dari jenis non-fiction amat bagus untuk kita mengetahui suasana dan perkara yang berlaku semasa. Ia adalah kisah benar, dihurai berasakan fakta dan tepat. Memberikan gambaran apa yang sebenarnya sedang berlaku di dunia ini, yang mungkin kita terlepas pandang.

Manakala buku daripada jenis fiction pula membantu kita meluaskan kosa kata, imaginasi dan memberikan kita peluang untuk lari sebentar dari dunia nyata yang sibuk dan meletihkan. Membuatkan kita berada di dunia yang lain buat sementara, lari dari realiti, disamping mengasah bakat otak untuk berfikiran kreatif.

PENUTUP

Apabila kita ingin menyemai kembali budaya membaca dalam diri, ingatlah sentiasa bahawa kita membaca bukan kerana inginkan nama, atau bukan sekadar ingin menambah bilangan buku, ataupun bukan kerana ingin dilihat pandai.

Tetapi kerana ia adalah kerana seruan pertama yang diberikan kepada Baginda Nabi. Dengan seruan IQRA’ !

Bacalah!

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

Maka hujung jatuhnya ialah kerana perintah agama jua, tidak lain dari itu.

Sama-samalah kita menuju ke arah itu.

 

SIJIL BUKU TAHUNAN

Anugerah Buku Tahunan saya dari Goodreads :-)

Anugerah Buku Tahunan saya dari Goodreads :-)

 

Comments

comments

Tuliskan sedikit komen, mungkin?