Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Jalan Kehidupan

 

Saban hari yang semakin berlalu, membuatkan saya selalu terasa terfikir tentang nasib hari yang mendatang. Waktu yang berputar semakin laju meredah hambatan masa yang saya ada. Hari-hari dalam hidup saya terasa begitu pantas dan masa yang ada semakin tidak mencukupi. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, dan ini membuatkan saya selalu berfikir tentang kehidupan.

Tentang kehidupan itu, bagaimanakah saya akan mengemudinya di masa hadapan.

Tentang hidup itu, bagaimanakah saya akan mengendalinya sekarang.

Dan tentang masa lalu itu, apakah yang saya boleh ambil darinya.

Sekali dalam kehidupan insan, mesti akan ada satu ketika dan masa dia akan merenung kembali hala tuju kehidupannya. Sebut sahaja nama dia insan, mesti terdetik di suatu masa, hatinya mula berbicara dan bertanya:

“Apakah tujuannya aku ada dan hidup di atas muka bumi ini?”

Sekalipun bicara tersebut tidak pernah menerjah fikiran anda seumur hidup anda, tanyakan kembali soalan diatas pada diri sendiri,

“Apakah maknanya aku hidup di dunia ini?”

Menanyakan soalan ini tidaklah sesusah untuk memberikan jawapannya. Apabila kita berasa susah untuk memberikanya jawapannya, saya yakin hanya satu yang dapat memberikan jawapan:

Iaitu yang Maha menciptakan kita!

 

TERDAMPAR ATAS KERETA API

kereta api

 

Kereta api itu terus laju meluncur landasan membawa penumpangnya ke suatu destinasi. Yang mana ramai penumpangnya juga tidak tahu ke mana akan gerabak itu membawanya. Tetapi destinasi itu adalah pasti.

Namun ada seorang yang seperti baru tersedar dari mimpi di dalamnya. Sebelumnya dia berada di tempat yang lain. Sekarang dia sudah berada di alam kereta api. Dia seperti baru muncul di dalamnya, tidak tahu mana kepala dan mana ekornya.

Mindanya bingung, kepalanya semakin pening memikirkan “tempat” baru yang dia sedang berada sekarang. Namun tidak pula dia bertanya kepada orang ramai yang di dalamnya.

Tentang hala tuju kereta api itu,

Tentang perhentian yang akan dia berhenti,

Tentang tempat yang sudah lewati.

Hanya yang dia buat ialah menikmati segala benda yang ada di dalamnya. Makanannya, minumannya, dan pandangan luar yang mengasyikkan. Dia sudah tergoda, ternoda dibuai mimpi.

 

ADAKAH KITA?

Kita sudah tahu yang dunia yang kita diami ini sedang berjalan dan berputar  dalam dimensi masa. Tidakkah kita pernah bertanya tentang kemanakah ‘hala tuju’ dunia ini?

Di manakah ‘perhentian’ yang akan ia singgah?

Di manakah pula ia bermula?

Hanya tinggal satu persoalan, bagaimana pula dengan kita? Mahukah kita mengambil pengajaran? Dari kisah yang tidak seberapa, namun di dalamnya ada beberapa mesej.

Tidak sempat bertanya dimanakah asal usulnya, sudahpun dia menikmati segalanya yang ada.

 

MESEJ HIDUP

Setelah anda semua membaca artikel ini, saya ingin mengajak untuk berfikir sedetik tentang mesej hidup yang ingin disampaikan oleh Sang Pencipta kita.

Berfikir tentangNya tidaklah terlalu susah.

Itupun kalau anda mahu!

Comments

comments

3 Comments

  1. December 15, 2012    

    Artikel ini mudah difahami tetapi agak sukar sedikit olahannya. Terbaiknya bagi susur galur cerita untuk memudahkan ianya difahami dengan berkesan. Apa-apa pun usaha yang baik, kawan.

    • admin admin
      December 16, 2012    

      Terima kasih Arrazi atas nasihat anda.
      InsyaAllah,saya akan cuba perbaiki pada masa akan datang.

  2. December 17, 2012    

    cari syurga

    😉

Tuliskan sedikit komen, mungkin?