Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Ingin Berjalan Lagi

Antara benda best apabila kita pergi merantau, keluar, atau berjalan di tempat orang ialah perasaan kita sebagai seorang yang asing.

Kita akan rasa kita sangatlah tiada bantuan dan kekuatan. Yang ada hanyalah segalas beg. Itulah pakaian, di dalam itulah makanan, dan di situlah digalas bekal untuk hidup. Paling best lagi jika kita tak tahu di mana kita nak bermalam nanti, atau di kedai mana kita nak makan nanti.

Setiap orang mengembara tahu, bahawa tempat yang dia ada sekarang tidak kekal, dan dia akan pergi ke tempat lain pula nanti. Tanah di mana kakinya memijak, hanyalah satu persinggahan kepada destinasi yang dituju. Barangkali benar satu kata :

” Kun fi duniya ghariban”.

Jadilah di dunia seperti orang yang asing. 

Hidup sebagai seorang perantau, bekal yang ada tidak pernah cukup. Sentiasa akan ada tempat persinggahan untuk menambah bekal. Dan semuanya tidak akan kita dapati tanpa adanya duit. Hidup di akhirat juga perlukan duit. Tetapi duit di akhirat tidak dipanggil “duit”. Benda itulah yang kita panggil sebagai pahala. Banyak pahala kita di akhirat, akan senang juga hidup kita di di sana.

Ketika sedang berjalan di suatu kawasan di Goa. Kecil, kering, tandus, dan berdebu.

Ketika sedang berjalan di suatu kawasan di Goa. Kecil, kering, tandus, dan berdebu.

Tuan-tuan, kalau nak tengok bumi India ni, tengoklah Malaysia pada zaman 70-an. Atau 60-an, kalau tidak keterlaluan. Di sana masih ada jalan-jalan merah tak berturap, rumah-rumah yang beratap nipah, sekolah-sekolah berlantai tanah dan berdinding berlubang. Bas besi kota empat segi dengan cermin sedepa dan tidak ber air-cond pun masih ada lagi.

Tengok gambar lama masa backpacking 3 minggu keluar rumah tak balik-balik dulu, teringin pulak nak travel lagi.

Comments

comments

Tuliskan sedikit komen, mungkin?