Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Epilog : Kenapa Pilih Buku Ini?

Sebagai seorang manusia yang sentiasa mahukan kebaikan dan sesuatu yang baru, saya sentiasa berfikir, ” Apakah cara berfikir yang betul?”

Sehinggalah pada suatu hari, ada orang menunjukkan kepada saya buku ini. Wah, ini betul-betul menarik! Tidak sangka ada betul buku yang sebegini.

Lalu bermulalah usaha saya untuk memahami dan mendapatkan isi pengajaran penting dalam buku ini. Kemudian saya olah, letakkan contoh yang terkini dan kena pada kita dengan harapan agar pembaca bukan sahaja faham malah praktikkan sekali dalam kehidupan pembaca.

The art of thinking clearly

The Art of Thinking Clearly

Saya dapat jamin sudut pandang tuan-tuan terhadap banyak perkara akan berubah setelah membaca buku ini. Habis tu, kenapa mesti baca entri blog saya pula? 🙂

Kena ingat, banyak contoh dalam buku ini berkait rapat dengan kehidupan dan pekerjaan penulis. Saya pula, cuba kaitkan dengan diri saya sendiri dan latar budaya negara kita Malaysia. Mana tahu ada yang kena dengan tuan-tuan pula? Betul atau tidak?

Mahu tahu buku ini pasal apa? Saya simpulkan dengan ayat di bawah :

Kita tidak pasti apa yang menyebabkan kita berjaya. Tetapi kita kena betul-betul kenal perkara yang menghalang kita dari berjaya

Untuk itu, mari kita kenali apakah kesilapan kita dalam kehidupan ini, kemudian barulah kejayaan akan menyusul.

 

Selamat membaca!

Comments

comments

Tuliskan sedikit komen, mungkin?