albaihaqie.com

Pengalaman Itu Satu Inspirasi

Diari Budak Kampung

Kisah Mat Si Istimewa

admin | September 11, 2013

Genap setahun saya tidak pulang ke kampung halaman. Sedih bercampur rindu bermain di fikiran. Sedih kerana di kampung ini kekurangan seorang penghuni semasa Aidilfitri yang lepas dan rindu kerana sudah lama tidak menjengah. Ya, setahun dirasakan teramat singkat. Banyak benda…..

Read more

Pagi Yang Gelap

admin | March 17, 2013

  Haryana, 9oC, 6:00 pagi, sebulan yang lalu. Kami betul- betul kebingungan dan buntu jalan setelah putus akal mencari masjid. Kami semakin resah. Waktu semakin berjalan sedangkan tempoh untuk kami melaksanakan solat Subuh sudah semakin singkat. Kami tidak henti-henti memerhatikan…..

Read more

Masjid Yang Mengecewakan

admin | March 7, 2013

  “Aap ka dil…” ,sambil mengibas tangannya di hadapan hidung sedang jari satu lagi tajam menunjuk ke dada lelaki itu. Kami semua berkesempatan untuk melawat salah sebuah masjid yang terbesar dan terbaik di India. Jama Masjid namanya. Kami agak kepenatan…..

Read more

Tempat Ini Mengajarku

admin | December 20, 2012

  Saya teringat kembali peristiwa semasa sebelum saya berangkat ke India dahulu. Waktu itu saya sedang melawat salah seorang dari sanak saudara yang terdekat, untuk berjumpa bertemu mata sebelum berangkat belajar. “Alhamdulillah dapat belajar di luar negara, tapi di mana?”,…..

Read more

Azan Yang Dirindui

admin | November 25, 2012

Petang senja itu, matahari mula terbenam menandakan malam ingin datang menjenguk. Saya memerhati alam sekeliling yang mulai malap, kelam menggelap menanti Maghrib. Dijenguk tanya rasa hati, seperti ada sesuatu yang kurang pada alam di petang itu. Saya mula merasakan ada…..

Read more

Mencabar Bahasa

admin | September 27, 2012

  “Is it done?”, saya bertanya sambil mengangkat ibu jari tanda urusan sudah selesai. Namun jurujual itu masih terpinga-pinga. Saya bertanya sekali lagi dengan nada yang lebih tegas dan cepat, “Is it done, sir?”. Jurujual itu masih terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Saya…..

Read more