Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Posts by admin

Setengah Jalan

Inilah rupanya 'tanda' itu...

Ketika itu kami sedang berjalan meniti batu-batan yang berselerakan. Gerak kami perlahan memilih tapak untuk meletakkan kaki di tanah. Tersilap langkah tergelincirlah bahananya. Kami sudah sampai di pertengahan jalan. “Tidak jauh lagi sebenarnya air terjun tu”, kata salah seorang daripada kami yang pernah datang sebelum ini. Tiba- tiba saya teringat akan sesuatu. Saya tertinggal beg! Ia masih berada di kaki bukit seingat saya. Panik. “Kita berpecah di sini, kamu semua teruskan dahulu perjalanan. Saya pergi turun dan akan cuba kembali secepat mungkin”, saya bertekad. “Tetapi jangan lupa tinggalkan tanda, aku pun tidak biasa sangat dengan tempat ni, takut tersesat!”, saya menjerit sambil laju menuruni lurah. Read More »

Teruskan Berlari

Sedangkan matahari di Manipal juga tahu bangun dari kegelapan, sedangkan aku hanya memandang?

Pengorbanan,
Bukanlah buat mencari megah nama
Biarpun itu selalu yang didamba,
Kerna ia jalan yang duka nestapa
Dengan sedikit suka yang menyapa.

Perjuangan,
Lahir dari jiwa
Bukan tumbuh diatas cita-cita
Mulanya dari kata
“Biar terancam nyawa”

Pengorbanan,
Jangan dipandang sia-sia
Sekalipun tidak ada yang berkata
Ia kekal menjadi harta berharga,
Di akhirat kalaupun bukan di dunia.

Pengembaraan,
Adalah jalan menuju Tuhan,
Mengenal erti sedikit yang benar
Diantara banyak yang menyimpang,
Jika ada yang menahan, senang untuk dihalang.

Berjuang,
Haruslah tanpa ego dalam diri,
Biarkan diri siapa engkau
Mejadi teka-teki
Memberi erti,
Kerana kesal hanya secebis.

Manipal, India
25/01/2014

Sedangkan matahari di Manipal juga tahu bangun dari kegelapan, sedangkan aku hanya memandang?

Sedangkan matahari di Manipal juga tahu bangun dari kegelapan, sedangkan aku hanya memandang?

Kisah Mat Si Istimewa

Siapa sangka si Mat ini ialah istimewa yang lain dari biasa?

Genap setahun saya tidak pulang ke kampung halaman. Sedih bercampur rindu bermain di fikiran. Sedih kerana di kampung ini kekurangan seorang penghuni semasa Aidilfitri yang lepas dan rindu kerana sudah lama tidak menjengah. Ya, setahun dirasakan teramat singkat. Banyak benda tidak banyak berubah.

Sambil kereta menelusuri jalan, saya kembali mengimbau memori lama yang masih tersimpan.

“Oh, jambatan ini masih belum siap ya ayah?”

“Ooo, bangunan ini masih macam dulu lagi.”

“Jalan ini masih tidak berubah lagi ya ayah?”

Pelbagai soalan yang aku ajukan, ayah hanya mampu tersenyum dengan gelagatku yang seperti rusa baru masuk kampung.

Janggal. Jakun. Terpinga-pinga.

Apa boleh buat, sudah setahun aku tinggalkan negeri ini.

Tetapi itu hanyalah sedikit ‘pelepas rindu’.

Baca Seterusnya>>

Pagi Yang Gelap

Suasana pagi jalan di Haryana, India

 

Haryana, 9oC, 6:00 pagi, sebulan yang lalu.

Kami betul- betul kebingungan dan buntu jalan setelah putus akal mencari masjid.

Kami semakin resah. Waktu semakin berjalan sedangkan tempoh untuk kami melaksanakan solat Subuh sudah semakin singkat. Kami tidak henti-henti memerhatikan bangunan-bangunan di tepi jalan. Cahaya di subuh hari amat malap untuk menampakkan segala benda.

Kami hanya mampu bergerak perlahan-lahan sambil mata liar memerhatikan bangunan si sekeliling.

Akhirnya kelibat bangunan berbumbung kubah kecil muncul juga.

Fuuhh…

“Kita solat di sini saja lah”, respons seorang rakan. Kata-kata yang melegakan, mematahkan pencarian kami di pagi hari.

Keluar sahaja dari van, saya sudah mula terketar-ketar. Sungguh,suhu yang terlampau sejuk untuk kami sebagai orang Khatulistiwa ini terasa sangat menyeksakan.

Kami laju bergegas masuk kerana tak mahu ‘dihinggap’ embun pagi yang sungguh sejuk itu.

 

Suasana pagi jalan di Haryana, India

Suasana pagi, jalan di Haryana, India

 

 

Baca Seterusnyanya>>

Masjid Yang Mengecewakan

Indah masjidnya. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

 

Aap ka dil…” ,sambil mengibas tangannya di hadapan hidung sedang jari satu lagi tajam menunjuk ke dada lelaki itu.

Kami semua berkesempatan untuk melawat salah sebuah masjid yang terbesar dan terbaik di India. Jama Masjid namanya.

Kami agak kepenatan sebenarnya kerana baru selesai melawat beberapa tempat yang menarik di sekitarnya. Kami singgah di situ untuk menunaikan solat Zuhur. Melihatkan menaranya sudah cukup untuk mengubat letih kami pada hari itu. Semuanya teruja.

Pembinaannya memakan masa 6 tahun  dengan tenaga kerja seramai 6000 orang. Dibina oleh Shahjahanabad, atau dikenali juga sebagai Shah Jehan, seorang pemerintah yang juga bertanggungjawab untuk membina Taj Mahal. Taj mahal juga satu hasil kerjanya yang termasuk dalam 7 Wonders of The World.

Namun ternyata, segala anggapan kami selama ini salah seusai kami tiba di perkarangan masjid itu.

Indah masjidnya. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

Indah masjid ini. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

Baca Seterusnyanya>>

Review Buku : Eat That Frog!

frog

frog

 

Makan KATAK itu!

Sekali dengar seperti menggelikan bukan? Namun itu bukanlah arahan ataupun suruhan yang mesti dilakukan. Ia hanyalah satu kata perumpamaan yang digunakan oleh penulis untuk menggambarkan halangan yang mesti kita hadapi untuk mengurus masa dengan baik dan berkesan.

Halangan dan cabaran kita ibarat katak katanya; mesti kita telan walaupun ia susah dan menggelikan. Dan setiap halangan dan cabaran itu mempunyai cara yang tersendiri untuk kita mengatasinya dengan berkesan.

Di samping nasihatnya yang boleh memberi semangat, teknik yang diberikan juga boleh di aplikasikan terus bagi mereka yang amat menghargai masa. Anda tertarik?

Mahu mengetahui lebih lanjut lagi mengenai review dan isi  buku ini?

Apa lagi,

Baca Seterusnyanya>>

Sesejuk Salju, Nikmat Itu!

snow

snow

“Macam mana keadaan di sana, okey tak?”, saya bertanya dengan penuh rasa ingin tahu.

Sudah lama benar rasanya saya tidak berjumpa dengan kawan lama itu. Sekarang dia sudah berada di Republic Czech. Menyambung pelajaran dalam bidang perubatan juga di sana.

Sekarang musim sejuk katanya. Salji turun mencurah-curah. Suhu pula boleh mencecah sehingga -15oC di bawah paras beku.

Sebut tentang salji, saya mula terasa teruja. Sudah lama benar dalam hidup saya berangan untuk merasa sejuknya salji. Putih warnanya,  sejuk rasanya, putih bersih serinya. Seakan-akan menggambarkan sucinya ‘fitrah’ yang turun dari langit. Namun jangkaan saya nyata meleset. Jawapan darinya tidak menunjukkan kegembiraan yang saya idamkan.

“Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Salji ni mula-mula je rasa best, lepas tu makin seksa ada lah”, jawabnya spontan.

Saya hanya dia menunggu dia berbicara.

“Semakin lama kau akan rasa semuanya susah. Hendak berjalan terpaksa menutup semua badan, kulit pula terasa sangat kering”, sambungnya menghabiskan ayat.

 

Baca Seterusnyanya>>