Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Posts by admin

Epilog : Kenapa Pilih Buku Ini?

The Art of Thinking Clearly

Sebagai seorang manusia yang sentiasa mahukan kebaikan dan sesuatu yang baru, saya sentiasa berfikir, ” Apakah cara berfikir yang betul?”

Sehinggalah pada suatu hari, ada orang menunjukkan kepada saya buku ini. Wah, ini betul-betul menarik! Tidak sangka ada betul buku yang sebegini.

Lalu bermulalah usaha saya untuk memahami dan mendapatkan isi pengajaran penting dalam buku ini. Kemudian saya olah, letakkan contoh yang terkini dan kena pada kita dengan harapan agar pembaca bukan sahaja faham malah praktikkan sekali dalam kehidupan pembaca.

Read More »

Ingin Berjalan Lagi

Ketika sedang berjalan di suatu kawasan di Goa. Kecil, kering, tandus, dan berdebu.

Antara benda best apabila kita pergi merantau, keluar, atau berjalan di tempat orang ialah perasaan kita sebagai seorang yang asing.

Kita akan rasa kita sangatlah tiada bantuan dan kekuatan. Yang ada hanyalah segalas beg. Itulah pakaian, di dalam itulah makanan, dan di situlah digalas bekal untuk hidup. Paling best lagi jika kita tak tahu di mana kita nak bermalam nanti, atau di kedai mana kita nak makan nanti.

Setiap orang mengembara tahu, bahawa tempat yang dia ada sekarang tidak kekal, dan dia akan pergi ke tempat lain pula nanti. Tanah di mana kakinya memijak, hanyalah satu persinggahan kepada destinasi yang dituju. Barangkali benar satu kata :

” Kun fi duniya ghariban”.

Read More »

Pandangan Menipu

halo-effect-revealed

 

Apabila anda mendengar sebarang berita mengenai kejayaan seseorang, ataupun seseorang artis baru memenangi anugerah, kita cenderung untuk mengatakan,

“Dia cantik dan mempunyai rupa paras yang menarik, maka padanlah dia menang anugerah tersebut”

Sebenarnya kita sebagai manusia, memang mempunyai sifat yang cepat menghukum dan memberikan penilaian.

Kita menggunakan fakta atau maklumat yang mudah diperoleh untuk merumuskan sesuatu yang menakjubkan.

” Anak awak ini kecil-kecil dah cantik, bila besar nanti mesti dia pandai kan?”

“Suami awak ni tampan betul, patut la dapat berikan semua yang awak mahukan ya?”

Read More »

Kertas Ujian

ExamPaper

 

 

Anda sedang berada dalam dewan peperiksaan. Sewaktu itu ialah Peperiksaan Tahun Akhir. Peperiksaan yang akan memberikan kata putus sama ada anda lulus ataupun gagal untuk tahun itu. Suasana sangat hening dan sunyi. Tidak ada satu bunyi pun melainkan bunyi kipas yang sedang berpusing. Guru mula mengedarkan kertas soalan.

“ Sekarang tepat pukul 8:00 pagi, peperiksaan akan bermula. Dan… Kamu boleh mula menjawab sekarang!”, tegas pengawas peperiksaan. Suasana bising sesaat dengan bunyi selakan kertas soalan.

Anda membuka kertas soalan tersebut dan alangkah terkejutnya, kertas itu kosong! Tiada tulisan. Tidak berisi apa-apa.

“Cikgu, boleh tukar kertas soalan tak? Kertas ini kosong”, anda cuba meminta.

Dengan tegasnya dia menjawab, “Saya tidak kisah kertas itu kosong atau bertulis! Yang penting kertas itu ada di hadapan kamu, jawab sahaja apa yang patut!”

Lalu saya ingin bertanya, apakah perasaan anda ketika itu? Terkaku, terkelu, dan terpaku bukan?

Read More »

Aku, Gurun dan Oasis

Resized-00

 

 

Pagi itu bermula rutin seperti biasa. “History taking”, atau mengambil lembaran sejarah bagi pesakit adalah menjadi suatu kemestian kepada pelajar perubatan yang sudah masuk ke fasa klinikal.

Dari jauh lagi, selang beberapa katil untuk sampai ke katilnya dia sudah tersenyum lebar. Seorang lelaki umur dalam pertengahan 50-an. Mukanya jernih dan bersinar, segak dengan mengenakan songkok tinggi di kepalanya.

“Selamat pagi doktor!”, sambut dia terlebih dahulu.

Saya sudah mula segan dan tersipu. “Belajar pun belum habis lagi, dah ada orang panggil doktor ke?”, desus saya dalam hati.

Saya merapati beliau dan cuba untuk membiasakan diri dengan beliau.

Read More »

Masihkah Tuanku Ingat?

Semasa menerima sijil daripada DYMM Sultan Kelantan

Pada hari itu semua orang gembira dan teruja.

“Sultan akan datang ke majlis kita!”
“Kita akan berpeluang bertemu mata dengan sultan”.
Riang gembira rakan-rakan pada waktu itu masih lagi terngiang-ngiang.

Saya sendiri tidak kurang juga cerianya. Manakan tidak, dapat bersalaman dan menerima sijil dari sultan negeri ini sendiri. Ia adalah satu penghargaan dan penghormatan yang amat besar bagi saya.

Sudah menjadi kebiasaan untuk Majlis Graduasi bagi para pelajar Tingkatan 3 itu dirasmikan oleh DYMM Tengku Muhammad Faris Petra sendiri, yang sebenarnya pemangku sultan pada ketika itu. Menggantikan ayahandanya yang sedang gering.

Read More »

Mengimbau Bintang

Tengah malam di banjaran Himalaya; ketika memberhentikan kereta di tempat yang saya sendiri tidak tahu di mana letaknya.
Tengah malam di banjaran Himalaya; ketika memberhentikan kereta di tempat yang saya sendiri tidak tahu di mana letaknya.

Tengah malam di banjaran Himalaya; ketika memberhentikan kereta di tempat yang saya sendiri tidak tahu di mana letaknya.

Apabila kita melihat bintang, sebenarnya kita sedang meneropong masa lalu kita…

Petang itu suasana agak sesak. Semua orang rimas dan gundah gulana. Air mula naik dari sekitar kawasan hotel yang kami diami itu. Dari kiri jalan sudah tertutup terus, dan dari kanan pula sudah timbul sisa-sisa sampah dan selipar; semuanya terapung. Kami mulai panik. Tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Hotel pula sudah terputus bekalan elektrik. ‘Generator’ elektrik yang ada mungkin hanya dapat bertahan sedikit waktu sahaja. Talian telefon sudah terputus dari semalam lagi; internet apatah lagi. Air bersih pula makin lama makin perlahan. Bekalan makanan yang ada pada masa itu hanyalah biskut keras dan roti kering. Sungguh, kami buntu! Kami ibarat tikus dalam sangkar yang mulai tenggelam; mencari lubang udara untuk terus bernafas.

Saya masih ingat lagi petang itu, kami semua sepakat untuk menyewa kereta dan keluar dari ‘pulau terkepung’ itu. Lapangan terbang yang terdekat hanyalah 20km dari hotel tersebut, tetapi kerana satu-satunya jalan untuk kesana sudah dinaiki air, kami terpaksa ke airport yang kedua terdekat untuk keluar dari tempat tersebut.

Read More »