Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Monthly archives for March, 2013

Pagi Yang Gelap

Suasana pagi jalan di Haryana, India

 

Haryana, 9oC, 6:00 pagi, sebulan yang lalu.

Kami betul- betul kebingungan dan buntu jalan setelah putus akal mencari masjid.

Kami semakin resah. Waktu semakin berjalan sedangkan tempoh untuk kami melaksanakan solat Subuh sudah semakin singkat. Kami tidak henti-henti memerhatikan bangunan-bangunan di tepi jalan. Cahaya di subuh hari amat malap untuk menampakkan segala benda.

Kami hanya mampu bergerak perlahan-lahan sambil mata liar memerhatikan bangunan si sekeliling.

Akhirnya kelibat bangunan berbumbung kubah kecil muncul juga.

Fuuhh…

“Kita solat di sini saja lah”, respons seorang rakan. Kata-kata yang melegakan, mematahkan pencarian kami di pagi hari.

Keluar sahaja dari van, saya sudah mula terketar-ketar. Sungguh,suhu yang terlampau sejuk untuk kami sebagai orang Khatulistiwa ini terasa sangat menyeksakan.

Kami laju bergegas masuk kerana tak mahu ‘dihinggap’ embun pagi yang sungguh sejuk itu.

 

Suasana pagi jalan di Haryana, India

Suasana pagi, jalan di Haryana, India

 

 

Baca Seterusnyanya>>

Masjid Yang Mengecewakan

Indah masjidnya. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

 

Aap ka dil…” ,sambil mengibas tangannya di hadapan hidung sedang jari satu lagi tajam menunjuk ke dada lelaki itu.

Kami semua berkesempatan untuk melawat salah sebuah masjid yang terbesar dan terbaik di India. Jama Masjid namanya.

Kami agak kepenatan sebenarnya kerana baru selesai melawat beberapa tempat yang menarik di sekitarnya. Kami singgah di situ untuk menunaikan solat Zuhur. Melihatkan menaranya sudah cukup untuk mengubat letih kami pada hari itu. Semuanya teruja.

Pembinaannya memakan masa 6 tahun  dengan tenaga kerja seramai 6000 orang. Dibina oleh Shahjahanabad, atau dikenali juga sebagai Shah Jehan, seorang pemerintah yang juga bertanggungjawab untuk membina Taj Mahal. Taj mahal juga satu hasil kerjanya yang termasuk dalam 7 Wonders of The World.

Namun ternyata, segala anggapan kami selama ini salah seusai kami tiba di perkarangan masjid itu.

Indah masjidnya. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

Indah masjid ini. Namun sayang, jiwa di dalam tidak seindahnya.

Baca Seterusnyanya>>