Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Monthly archives for December, 2012

Letupan Muzik Islamik

maher-zain-03

musik islam

Baru-baru ini, dunia maya sekali lagi meletup dan memberikan harapan baru kepada penggemar muzik Islamik. Kehadiran pelbagai artis-artis berjiwa islamik telah memberi ruang baru untuk berdakwah melalui muzik menembusi ruang internet dan video muzik seperti Youtube. Antara artis yang paling menyerlah ialah Maher Zain dan Raef. Melihatkan bilangan pengguna internet yang menonton video mereka sudah cukup menggambarkan populariti mereka.

 

Baca Seterusnyanya>>

Tempat Ini Mengajarku

India1_0

India1_0

 

Saya teringat kembali peristiwa semasa sebelum saya berangkat ke India dahulu. Waktu itu saya sedang melawat salah seorang dari sanak saudara yang terdekat, untuk berjumpa bertemu mata sebelum berangkat belajar.

“Alhamdulillah dapat belajar di luar negara, tapi di mana?”, tanya salah seorang dari mereka sambil menuang air.

“India.”

Jawab saya ringkas dan muka yang bersahaja.

“Okeylah tu pergi untuk belajar. Tapi kalau mak cik diberi peluang, makcik tak naklah pergi ke India tu.

Negaranya kotor, orangnya busuk, rakyatnya miskin. Tak sanggup mak cik nak menahannya”, katanya sambil menggelengkan kepalanya tanda betul-betul tidak mahu.

Saya tersentak dan sedikit kaku. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

Saya hanya mampu tersenyum dan diam membisu.

Baca Seterusnyanya>>

Jalan Kehidupan

new-life

 

Saban hari yang semakin berlalu, membuatkan saya selalu terasa terfikir tentang nasib hari yang mendatang. Waktu yang berputar semakin laju meredah hambatan masa yang saya ada. Hari-hari dalam hidup saya terasa begitu pantas dan masa yang ada semakin tidak mencukupi. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, dan ini membuatkan saya selalu berfikir tentang kehidupan.

Tentang kehidupan itu, bagaimanakah saya akan mengemudinya di masa hadapan.

Tentang hidup itu, bagaimanakah saya akan mengendalinya sekarang.

Dan tentang masa lalu itu, apakah yang saya boleh ambil darinya.

Sekali dalam kehidupan insan, mesti akan ada satu ketika dan masa dia akan merenung kembali hala tuju kehidupannya. Sebut sahaja nama dia insan, mesti terdetik di suatu masa, hatinya mula berbicara dan bertanya:

Baca Seterusnyanya>>

Jauhi Perangai Budak

sad-kid-school-

 

Anak yang baru bersekolah rendah itu mendapat rekod peperiksaannya hari ini. Malangnya, keputusan itu cukup tidak memuaskan. Dia mula kecewa dan perangainya sedikit berubah.

Berjalan secara senyap-senyap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur, sedangkan ibu bapa masih di ruang tamu.

Apabila si ayah menanyakan, “Apa yang berlaku di sekolah?”

Jawapan si anak akan menjadi begitu ringkas, “Tidak ada apa-apa.”

Apa yang sebenarnya yang sedang berlaku ialah si anak tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapanya, tetapi sekarang dia telah mengecewakan keduanya. Maka dia akan mula menjauhkan diri dan mengasingkan perasaan hati.

Mentaliti seperti ini bersambung lagi walaupun di alam pekerjaan. Apa yang akan kita lakukan di tempat kerja?

 

Baca Seterusnyanya>>

Pengembala Mencari Bahagia

istana

 

Seorang pengembala itu sudah  berjalan-jalan di padang pasir selama 40 hari. Dia mungkin sudah putus harapan dan hilang semangat. Namun akhirnya dia dapat menemui sebuah istana yang tersergam indah, nun tinggi di atas gunung. Di situlah tinggal seorang pujangga, orang yang dicarinya. Perjalanannya  yang jauh itu hanya mencari satu rahsia: “Rahsia Kegembiraan Hidup”.

“Wahai sang pujangga, bagaimanakah jika saya mahukan kehidupan saya penuh dengan kegembiraan?” soalnya dengan penuh harapan.

“Sebelum itu, bolehkah untuk aku juga menyuruh engkau melakukan sesuatu?” tanya sang pujangga sambil memberikan satu sudu besi. Di atasnya hanya terisi setitik minyak.

“Dengan sudu ini di mulutmu, lihatlah segala kemewahan dan kebesaran istana aku ini. Nikmatilah segala apa yang ada di dalamnya. Pergilah di dalam istana ini ke mana sahaja engkau suka. Cuma satu syarat aku berikan, jangan biarkan minyak ini tumpah apabila kau datang berjumpaku nanti”.

Dia bergegas keluar untuk menyaksikan segala apa yang ada di istana tersebut. Kemudian, dia datang kembali. Dengan muka yang tercungap-cungap, dia bertemu pujangga.

Si pujangga tersebut tersenyum melihat minyak yang masih elok di atas sudu, lantas bertanya.

 

Baca Seterusnyanya>>