Sedikit Yang Diberi, Banyak Yang Dirasa

Yang Baik Pada Budi

Semoga menjadi pedoman dalam masa sulit atau senang

Ramai orang yang mengenal HAMKA pada novel atau cerita-cerita beliau yang popular seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck mesti tidak akan menyangka bahawa sosok badan ini juga ada karya lain yang beliau hasilkan.

Jika sekarang, seorang penulis novel kekal mesti akan dikenali sebagai seorang penulis novel juga hingga ke akhir hayatnya. Tetapi tidak bagi Ulama Nusantara ini. Karya beliau bukan satu, malah berpuluh puluh. Dan ianya juga bukan pada satu bidang sahaja, malah berbagai bidang.

Beliaulah yang menulis Tafsir Al-Azhar, beliaulah yang menulis tentang Sejarah Umat Islam, beliaulah yang menulis tentang Tasauf, Falsafah, malah berjaya menulis novel yang masih popular hingga ke hari ini.

Read More »

Antara Deli dan Kapal Van Der Wijck

hamka

 

Sebenarnya saya tidak sangka, seorang yang bergelar ulama di nusantara ini boleh menulis buku-buku seperti ini dengan baik dan sarat dengan makna. Siapa yang tidak kenal dengan Hamka bukan? Seorang ulama agung yang sempat meninggalkan karya-karya agung seperti Tafsir al-Azhar, dapat juga mengarang buku yang berkisahkan cinta dan kehidupan: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW) & Merantau Ke Deli (MKD)

Setelah saya teliti dan menghabiskan dua karya berikut, ada banyak mesej yang ingin disampaikan kepada kita, dan setiap orang yang membacanya juga pasti tahu. Tetapi ada sesuatu yang sama antara kedua-dua buku ini. Saya menjumpainya pun hanya setelah lama meneliti dua karya ini.

Read More »

Lupakan Sahaja

fullsizerender-2

 

“Tapi abang, saya sudah mengikuti kursus beliau selama lebih 2 tahun,” rengek seorang isteri yang cuba meluahkan perasaan kepada suaminya.

Si isteri seakan tidak percaya apabila diberitahu oleh suaminya bahawa trainer dan motivator yang dia ikuti selama ini terlibat dengan penipuan sijil akademik. Dia berada dalam keadaan terpinga-pinga, antara mahu percaya dan tidak mahu percaya.

” Saya hanya mahu menjadi usahawan yang berjaya. Sudah jauh saya terlibat, dan bukan sedikit wang yang saya habiskan untuk kursus-kursus beliau. Satu kursus sahaja mencecah RM 2997, buku-buku beliau juga telah banyak saya baca. Takkan abang mahu saya berhenti begitu sahaja?” Soal sang isteri lagi.

Sekiranya cara fikir sebegini yang berlegar-legar dalam kepala kita, sebenarnya fenomena ‘sunk cost fallacy’ sedang berlaku dalam kepala kita.

Read More »

Tekanan Anak

Lukisan yang dilukis oleh Syuhada

Wad Psikatri. Di pertengahan waktu pagi. Tidak ada apa yang luar biasa hari ini, melainkan hujan yang renyai mengiringi pagi. Setelah lama panas datang bertandang.

Terbaring di sana, seorang remaja perempuan. Lingkungan 20-an mungkin, tapi yang pasti dia amat muda untuk berada di sini.

Kami duduk melingkungi dia setelah meminta kebenaran dan kesudian untuk di wawancara. Dia hanya menurut.

“Boleh saya tahu tak, kenapa adik berada di sini ya?” Kawan saya memulakan bicara.

“Saya tertekan. Saya tidak boleh uruskan diri saya dan anak saya,” katanya sambil memandang ke bawah.

Read More »

Epilog : Kenapa Pilih Buku Ini?

The Art of Thinking Clearly

Sebagai seorang manusia yang sentiasa mahukan kebaikan dan sesuatu yang baru, saya sentiasa berfikir, ” Apakah cara berfikir yang betul?”

Sehinggalah pada suatu hari, ada orang menunjukkan kepada saya buku ini. Wah, ini betul-betul menarik! Tidak sangka ada betul buku yang sebegini.

Lalu bermulalah usaha saya untuk memahami dan mendapatkan isi pengajaran penting dalam buku ini. Kemudian saya olah, letakkan contoh yang terkini dan kena pada kita dengan harapan agar pembaca bukan sahaja faham malah praktikkan sekali dalam kehidupan pembaca.

Read More »

Ingin Berjalan Lagi

Ketika sedang berjalan di suatu kawasan di Goa. Kecil, kering, tandus, dan berdebu.

Antara benda best apabila kita pergi merantau, keluar, atau berjalan di tempat orang ialah perasaan kita sebagai seorang yang asing.

Kita akan rasa kita sangatlah tiada bantuan dan kekuatan. Yang ada hanyalah segalas beg. Itulah pakaian, di dalam itulah makanan, dan di situlah digalas bekal untuk hidup. Paling best lagi jika kita tak tahu di mana kita nak bermalam nanti, atau di kedai mana kita nak makan nanti.

Setiap orang mengembara tahu, bahawa tempat yang dia ada sekarang tidak kekal, dan dia akan pergi ke tempat lain pula nanti. Tanah di mana kakinya memijak, hanyalah satu persinggahan kepada destinasi yang dituju. Barangkali benar satu kata :

” Kun fi duniya ghariban”.

Read More »

Pandangan Menipu

halo-effect-revealed

 

Apabila anda mendengar sebarang berita mengenai kejayaan seseorang, ataupun seseorang artis baru memenangi anugerah, kita cenderung untuk mengatakan,

“Dia cantik dan mempunyai rupa paras yang menarik, maka padanlah dia menang anugerah tersebut”

Sebenarnya kita sebagai manusia, memang mempunyai sifat yang cepat menghukum dan memberikan penilaian.

Kita menggunakan fakta atau maklumat yang mudah diperoleh untuk merumuskan sesuatu yang menakjubkan.

” Anak awak ini kecil-kecil dah cantik, bila besar nanti mesti dia pandai kan?”

“Suami awak ni tampan betul, patut la dapat berikan semua yang awak mahukan ya?”

Read More »